Maajun Anggun Bistari

Monday, July 16, 2012

MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) telahpun didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 berkuatkuasa 7April 2011 di mana hak eksklusif cap dagangan atau Trade Mark MAB hanyalah dipunyai oleh ZAL PERMAI RESOURCES. Oleh yang demikian pihak syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang mungkin menggunakan nama dan logo MAB tanpa kebenaran dan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara di bawah Seksyen 18, Akta Perihal Dagangan 1972. Pihak kami amat mengambil berat atas penjenamaan nama MAB ke atas produk Maajun Anggun Bistari agar mutu serta khasiatnya sentiasa terpelihara dan dijamin tulen.




KHASIAT MAAJUN ANGGUN BISTARI
 - Merancang keluarga
- Merawat keputihan
- Memelihara peranakan
- Membuang darah kotor/period lama/nifas lama
- Teraturkan period- Awet muda- Mencantikkan kulit
- Menegang Payu Dara
- Melancar peredaran darah
- Menambah tenaga
- Mengawal kolesterol dalam darah
- Mengawal berat badan
- Melawas buang air besar 


PENGENALAN MAB
MAB adalah produk tradisional dibuat dari herba, rempah ratus dan madu.Kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning. Walaubagaimana pun MAB juga bertindak sebagai ubat multi-purpose (pelbagai tujuan) dalam penjagaan kesihatan dalaman/kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga.MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah family planning moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul.MAB boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas berkahwin/belum berkahwin d an orang-orang tua.MAB dijamin bersih, suci lagi halal tanpa perlu diragui lagi bagi orang Islam.


KONSEP & TINDAK BALAS MAB
Apabila anda mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. Proses ini dinamakan tindakbalas awal. MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik.
Bahagian yang akan berlaku proses rawatan:

A) Bahagian peranakan
- Ia akan mencairkan darah period/nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh       
   berperiod/berpantang (bagi yang bersalin).
- Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat.
- Banyaknya darah yang keluar bergantung kepada tahap kesihatan diri masing-masing.
- Pada peringkat ini anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana MAB 
   sedang merawat peranakan anda.

B) Memecahkan lemak/kolesterol/toksin
- Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolesterol/toksin dalam badan/darah akan 
   dipecahkan dan akan dibuang bersama najis air besar.
- Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan 
   angin/kentut.

Selepas selesai tempoh itu anda akan melalui peringkat keserasian dengan MAB. Pada tahap ini period akan kembali normal. Maksudnya apabila habis saja makan 21 biji, besoknya period akan datang.Pada tahap ini MAB sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai.

KHASIAT & LAIN-LAIN KEGUNAAN MAB
Sebagai makluman, MAB ini bukanlah hanya semata-mata untuk family planning sahaja, malah MAB boleh dikatakan ubat pelbagai guna (multi-purpose). Pada umumnya MAB mempunyai khasiat-khasiatnya yang tersendiri berguna untuk kesihatan dalaman/fizikal wanita.Di bawah diterangkan sedikit secara ringkas lain-lain kegunaan MAB seperti mana yang dimaksudkan sebagai ubat pelbagai guna (multi-purpose).
Antaranya adalah seperti berikut:

A) Melambatkan Menopause
Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan menopause di usia yang terlalu awal iaitu sekitar 40-an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah usia sekitar 30-an. Disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup otak kita menjadi kurang berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan. Jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan kita menopause terlalu awal. Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumah tangga. Hubungan seksual suami-isteri juga menjadi tidak harmoni disebabkan oleh faktor tersebut. InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.

B) MAB Untuk Ikhtiar Mendapatkan Anak
Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. Berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period yang tidak keluar habis / keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki dari salur peranakan (fallopia) menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan (ovum/telur). Dengan mengamalkan MAB, ianya akan mengeluarkan kembali darah period lama (berwarna hitam/coklat) dan lemak (berwarna keputihan) supaya proses perjalanan sperma lelaki tidak tersekat seterusnya tempoh persenyawaan dengan ovum/telur terjadi lebih cepat. Dengan itu proses penghamilan dapat diikhtiar dengan pengambilan MAB.

C) Sesuai Bagi Perempuan Berumur/Warga Emas
MAB bukan saja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada perempuan-perempuan berumur 50-an ke atas. Antara khasiat-khasiatnya yang boleh diperolehi seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas-kebas kaki/tangan dan sebagainya.


ATURAN MAKAN (BAGI MERANCANG KELUARGA)

a) Bagi yang lepas pantang.
     Mula makan hari ke 44 selepas bersalin

b) Bagi yang merancang sendiri
     Mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period

c) Bagi yang menggunakan pil perancang
    Habiskan pil tersebut dan terus ganti dengan MAB keesokannya (tak perlu tunggu period)

d) Bagi yang menggunakan IUD
    i) Kes yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan
   ii) Kes IUD yang belum expired & ada period, mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 
         period.

e) Bagi yang menggunakan injection
    i) Kes belum/baru expired, mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period
   ii) Kes yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan.

* Makan 1 biji sahaja sekali sehari sama ada pagi/malam setiap hari selama 21 hari.*

Selepas habis sebotol, rehat selama 7 hari dan selepas itu sambung botol seterusnya.

*********************************************************************************

Saya selalu mendapat pelbagai pertanyaan berkaitan dengan kesan/simptom yang terjadi kepada pengguna MAB..Oleh itu di sini saya ingin terangkan kepada pengguna apa yang bakal mereka alami..

Namun kesan yang saya nyatakan di bawah adalah berbeza mengikut individu..ada yang alaminya cepat dan juga lambat..Namun agar semua ini dapat dijadikan panduan buat anda.


SIMPTOM-SIMPTOM AWAL/SEMENTARA MAB

Buat anda yang baru mengambil MAB…berikut disenaraikan antara proses rawatan tindak balas MAB terhadap diri seseorg individu..(hanya segelintir yang mengalami simptom2 ini!…Harap Maklum!!!)

Period menjadi tidak normal -sokmo keluar dan aliran banyak-period mungkin akan berlanjutan lebih dari 7 hari…-ada juga kes yang period datang 4hari.. then stop 2 hari.. then datang semula..** pada masa ini MAB dalam proses merawat darah kotor dalam peranakan..dan darah tu dikeluarkan melalui period..

A) Rasa Mengantuk
-selalunya akan di rasai pada yang mengambil MAB pada waktu pagi..
-pada yang ambil malam… tentu tak perasan simptom ni sebab lepas makan MAB.. memang nak tidur.. hehehe..

B) Kerap buang air kecil/besar dan keluar angin(kentut.mudah sendawa)
**MAB tengah buang angin dan toksin la tu…

C) Pening Kepala
**adakalanya boleh membawa sampai demam
**MAB ni agak panas.. so disarankan banyakkan minum air masak.

D) Rasa berdenyut pada payudara
**ada yang berasa denyutan yang menyakitkan sehingga tak boleh nak pakai baju dalam
**situasi begini selalunya di alami jika kita hampir didatangi period..begitulah juga dengan MAB.. bermakna, MAB sedang merawat tubuh kita
** salah satu fungsi MAB.. menegangkan payudara.. so denyutan tu bermakna.. payudara semakin menegang.. wow.. mengancam la lepas ni.. hehehe


TINDAK BALAS MAB
Apabila anda mengambil MAB, ia akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. Proses ini dinamakan tindak balas awal. Antara tindak balas yang berlaku ialah:
1. Kekerapan membuang air besar dan keluar angin. (membuang toksin dan angin dalam 
     badan)
2. Period tidak menentu. Kadang banyak kadang setitis. (merawat rahim)
3. Darah period yang banyak, berketul, berwarna hitam. (membersihkan rahim)
4. Tidak lalu makan dan cepat kenyang. (memecahkan lemak yang sedia ada)
5. Selera makan bertambah terutama bagi ibu menyusu.(tidak perlu risau kerana ia tidak
    lama dan akan kembali normal setelah MAB serasi dengan badan)
6. Rasa mengantuk
7. Rasa letih dan lenguh-lenguh
8. Sakit kepala

Perlu difahami bahawa tindak balas adalah berbeza bagi setiap pengguna mengikut tahap kesihatan dan keperluan badan masing-masing. Tindak balas ini akan hilang apabila MAB telah serasi dengan badan anda.

NAMUN ANDA TAK PERLU RISAU KERANA SIMPTOM-SIMPTOM INI HANYA SEMENTARA

tempohnya bergantung pada tahap kesihatan dan ketahanan tubuh masing-masing…

OLEH ITU… diharap semua pengamal-pengamal MAB dapat bersabar terhadap tindak balas rawatan MAB ini…

setiap usaha itu perlu ada kesungguhan untuk mencapai tahap kejayaan yang diinginkan…


MAB SEBAGAI FAMILY PLANNING SEMULAJADI

Dari segi saintifiknya bagaimana MAB boleh bertindak sebagai family planning……..

1) Apabila kita makan MAB ianya ia akan meningkatkan temparature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu invironment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki n perempuan) dimana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain chances utk pregnt adalah zero pada suhu ini.

2) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi benih(ovum) yg dihasilkan cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.

3) Jadi relate dgn maklumat diatas sebabt u lah MAB hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa tu ia tidak berupaya utk combine dgn couplenya maka lepas tempoh 24 jam ia pun matilah sendiri n pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan direduce melalui period. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya combine maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin)…. so pregnt lah tu. Coz inilah MAB ni kena makan ikut aturan dgn gap masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif n dlm zon yang selesa maybe ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka terpregntlah bagi org yg makan main2/lupa/tak ada displin.

4) So satu biji itulah dose yang betul utk membuat temperature yang tepat. Jika dilebihkan dose nnt blh membawa risiko lain pula kecuali kes lupa shj.So… itulah konsep family planning yg mudah utk difahami. Tidak ada chemical dlm membuat protek just ramuan rempah2 n herba tertentu sudah memadai.



SOALAN LAZIM MENGENAI MAB
saya menerima byk persoalan kenapa MAB tiada kelulusan KKM.Ini saya terangkan kenapa pihak Pengasas tidak mohon KKM:

Adakah MAB ini mendapat kelulusan KKM?
Bukan tidak mahu mohon. Ini disebabkan beberapa sebab iaitu :
* 1.Jika pohon perlu ada kilang
* 2.modal besar utk pembinaan kilang
* 3.melibatkan kos besar utk pekerja,bangunan dll
* 4.jaminan kualiti/pembersihan mab akan krng
* 5.Harga pasti berganda-ganda tingi
* 6.Resepi akan di pattern oleh pihak lain( nnt hilang resepi turun temurun)
* 7. improvement dah di buat drpd gentel secara manual dah di buat dgn 
       mesin….alhamdulillah.kita lbh memilih sbg prdk HOME MADE, dijamin KESUCIAN JG 
       KUALITI…

Adakah wanita yang belum berumah tangga boleh mengambil MAB?

Ya sudah tentu. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belum berumah tangga, sudah berumah tangga dan golongan tua yang telah monopouse.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah saya perlu menghentikan pengambilan MAB apabila period?

Tidak. Jika anda didatangi period sedangkan MAB belum habis (21 biji/sebotol), teruskan mengambil MAB.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apakah yang dimaksudkan dengan rehat seminggu selepas habis sebotol MAB?

Pengambilan MAB perlu diberhentikan selama seminggu sebelum sambung kepada botol seterusnya. Ini bermaksud jika hari terakhir mengambil MAB ialah hari ahad, maka mulakan botol seterusnya pada hari ahad berikutnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?

Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Betul ke MAB boleh menguruskan badan?

Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya. Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan. Secara tidak langsung, tindak balas ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini. Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan. Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu membetulkan semula niat anda. MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Saya masih menyusukan anak. Setelah mengambil MAB, selera makan saya semakin bertambah. Adakah ia tindakbalas biasa MAB? Adakah berat badan saya akan bertambah?”

Dalam kes ibu yang menyusu, saya bawakan untuk anda testimoni Puan Sal yang merupakan pengguna dan dealer MAB(petikan dr testimonial Jannah) Salam, Saya masa mula-mula makan MAB dulu..masih menyusu anak yg kecil. Memang pada awalnya selera makan bertambah dari biasa.Pengeluaran susu badan memang takde masalah.Tapi sedikit demi sedikit selera makan tu berkurang dengan sendirinya dan tanpa disedari berat badan saya berkurang...saya sendiri tak sedar, orang lain yang perasan p/s: saya ada pengalaman, seluar jeans yg hampir setahun lebih tak dapat pakai..lepas makan MAB 4-5 botol, akhirnya dah boleh pakai sampai skrg.


RM20/BOTOL (21BIJI)
BELI BANYAK CONTACT SAYA ^_^

0 comments:

Post a Comment